Dasar Privasi
Dikemas kini: 27 Oktober 2026
Bisik Hati (bisikhati.com) dikendalikan oleh Dz Legacy Sdn. Bhd. Dasar ini menerangkan maklumat yang kami kumpul dan cara kami menggunakannya, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
Maklumat yang kami kumpul
- Nama, emel dan nombor telefon yang anda isi semasa membuat pesanan.
- Butiran pesanan (produk, jumlah, tarikh). Butiran kad atau akaun bank anda tidak disimpan oleh kami; bayaran diproses oleh Billplz.
- Data penggunaan laman (cookie, alamat IP, jenis peranti) melalui Meta Pixel untuk mengukur prestasi iklan.
Cara kami menggunakannya
- Memproses pesanan dan menghantar link muat turun ebook.
- Menghantar emel berkaitan pesanan dan, jika anda bersetuju, emel kandungan atau tawaran. Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
- Mengukur dan menambah baik iklan kami.
Pihak ketiga
Kami berkongsi maklumat yang perlu sahaja dengan: Billplz (pembayaran), Brevo (penghantaran emel), Meta Platforms (pengukuran iklan) dan penyedia hosting kami. Kami tidak menjual maklumat anda.
Hak anda
Anda boleh meminta akses, pembetulan atau pemadaman data anda dengan menulis ke hello@bisikhati.com.
Hubungi kami
Dz Legacy Sdn. Bhd. · hello@bisikhati.com